Sunday, September 16, 2012

UiTM Tower Challenge 2012

15  September 2012,7.30 pagi.Universiti Teknologi MARA sekali lagi menerpa nama apabila acara yang julung kali diadakan telah dapat menarik minat ramai  penggemar aktiviti sukan larian.Lebih menakjubkan,kerana pertandingan ini bukan hanya menarik minat pelajar-pelajar,bahkan turut menarik minat jaguh-jaguh negara yang lain.Hampir 200 pelari yang mengambil bahagian acara anjuran bersama Pusat Sukan UiTM Shah Alam dan Runner's Club UiTM Shah Alam.

Bertempat dekat dalam  UiTM Shah Alam,percaturannya tidaklah mudah,pelari diwajibkan memperoleh 3 MARKER band serta perlu menamatkan larian dibawah masa 2 jam.Bermula di perkarangan UiTM Shah Alam,pelari memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi bagi melawan arus berikutan terpaksa berlari dalam keadaan cuaca panas,dengan keadaan permukaan yang berbukit bukau untuk sampai ke puncak menara Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang  mempunyai lebih 14 tingkat dengan menaiki tangga.Seterusnya,pelari harus turun melalui tangga dan meneruskan larian ke bangunan berkembar Sains dan Teknologi. Bangunan yang mempunyai lebih  19 tingkat itu menjadi saksi apabila peserta harus mengharunginya untuk menyelesaikan misi pelari.Apabila sudah sampai ke puncak menara SSAAS,pelari perlu turun semula menggunakan tangga dan menyambung larian terus melalui Kolej MAWAR,seterusnya melalui bukit-bukau berdekatan fakulti (FSPU) lantas menamatkan larian dekat Stadium UiTM Shah Alam.



Acara yang julung kali diadakan



Tapak permulaan dan penamat

Hasil usahasama Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam serta Polis Bantuan UiTM Shah Alam,anjuran acara kali ini dapat dijalankan dengan penuh kelancaran.Tiada sebarang kecederaan berikutan penempatan beberapa pegawai kesihatan yang sering kali memantau keadaan peserta dari masa ke semasa.


 
Antara ahli-ahli Runner's Club UiTM Shah Alam
Antara ahli Runner's Club yang terlibat,termasuklah Sukha,Alwi,Fifi,Azizul,Botak  dan ramai  lagi yang banyak menjadi penghalang  kepada jaguhan negara untuk menempatkan diri mereka antara yang terbaik.

"Kegagalan tidak bermakna anda kecundang,Kegagalan bermakna anda ada peluang untuk Bangkit"

Kata-kata diatas mampu menjadi pegangan bagi mereka yang kecundang pada hari semalam untuk terus mencuba dan bangkit dalam sukan larian ini.Bagi sesetengah pihak,sukan larian ini menjadi hobi bagi menghilangkan stress sehingga kan mereka mampu untuk menguasai hobi ini lantas menerpa nama di persada dunia.Semoga sukan larian ini menjadi  hobi bagi mereka yang baru ingi menceburinya.Tidak hanya dapat menjaga kesihatan,tetapi turut menjadi bahan untuk mengurangkan stress.





uitmrunnerclub@yahoo.com


URC Slideshow