Sunday, May 20, 2012

KL Tower International Night Towerthon Challenge 2012

Bertempat di padang perkarangan pencakar langit dan juga menara telekomunikasi ketujuh tertinggi didunia yang menampilkan kegagahannya berdiri pada puncak 421 meter ketinggian iaitu Menara Kuala Lumpur,satu lagi acara yang tidak hanya menampilkan muka-muka lama dalam Runners' Club UiTM, bahkan muka-muka baru yang baru berjinak dalam sukan larian ini.


Kelibat peserta-peserta sebelum acara pelepasan beramai-ramai mengikut kategori

Tiada kelibat jaguh-jaguh UiTM terdahulu contohnya Asif Yusoff,Leonarldo Laurence,Alwi Razak,Sufinah Mat Tasim,Fifi Nak Berlari,WahiduRahman Kamarulzaman(nama di facebook) tetapi kehangatannya masih terasa kerana adanya kelibat Sukha Razak yang juga merupakan Naib Presiden Runners' club yang membangkitkan semangat perintis-perintis yang baru.

Sukha Razak,antara pelari yang mencuri tumpuan,berada bersama kelompok  pelari handalan(kenya,afrika,etc)
Di dalam acara ini juga menampilkan AJK-AJK yang lain dimana berjaya menghabiskan larian dalam tempoh masa kurang dari 25 minit bagi percubaan pertama dan ada juga dikalangan mereka yang mencubanya buat kali yang kedua dan keatas.Kelibat jaguh-jaguh yang lain turut memberi saingan meskipun dilanda masalah berkenaan pengangkutan.Di khabarkan bahawasanya ada diantara mereka yang tidak sempat untuk memanaskan badan tapi masih mampu menghabiskan larian dengan jayanya.




Jaguh-jaguh Runners Club UiTM Shah Alam


Antara AJK-AJK yang terlibat

 .




Pelari-pelari wanita Runners Club UiTM Shah Alam



"Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan"

Siapa sangka rata-rata dari mereka berjaya menghabiskan acara kurang dari 40 minit.Tiada seorang pun pelari dari Runners' Club yang terlebih sedetik dari masa itu.Tahniah buat anda semua,mungkin tahun hadapan masa yang lebih cantik dapat digenggam.Semoga terus SUKSES  dalam sukan larian!!

Keputusan keseluruhan:







uitmrunnerclub@yahoo.com

Sunday, May 13, 2012

KPT-Orientaring 1 Malaysia 2012

UiTM TerBaeeeekkk!!Bertempat di Dataran Al Hamra, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor program KPT-UiTM Cabaran Orienteering 1Malaysia 2012 bagi edisi ke-3 pada 6 hingga 8 April 2012 menaikkan kan tirai nya menyaksikan beberapa pasukan terhandal dari seluruh IPTA menyertainya bagi merebut kejuaraan KPT-Orientaring 1 Malaysia bagi tahun 2012.Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya,penyertaan kali ini tampak lebih meriah serta mempertaruhkan hadiah yang lebih lumayan.UiTM Runners Club yang bergandingan dengan kelab KRESMA UiTM berganding bahu dalam merangkul kejuaraan kali ini.  
Muka-muka JUARA KPT-Orientaring 1 Malaysia
       "Genggam bara api,biar samapi menjadi arang"
Konsepnya mudah,hanya bertemankan kompas,kerjasama,dan kesungguhan apa sahaja boleh berlaku. Kesungguhan peserta-peserta KPT-Orientaring kali ini menghasilkan keputusan yang CEMERLANG.Siapa sangka kumpulan "Underdog" yang menggandingkan wakil Runner's Club Azizul Hakim bin Samsudin yang juga merupakan "AJK tugas-tugas khas" bersama rakan-rakannya menjuarai pertandingan tersebut.
Azizul Hakim bersama rakan-rakannya

Kumpulan yang hanya baru digandingkan dalam masa 2-3 jam sebelum pertandingan itu berlangsung menyaksikan,keserasian yang jitu bagi menjuarai pertandingan tersebut.Selain itu UiTM juga merangkul tempat ketiga bagi kategori lelaki, dan naib johan bagi kategori wanita dalam pertandingan tersebut,lantas merangkul kejuaraan KESELURUHAN seiring sejalan dalam mengharumkan lagi nama UiTM di persada negara.


Sejenak bersama Menteri dan Naib canselor UiTM
JUARA kategori Lelaki: RM1000.00
KETIGA kategori Lelaki:RM500.00
NAIB johan kategori Wanita: RM750.00



Tahun ini menyaksikan mereka merangkul kejuaraan ,apa kiranya sekiranya tahun hadapan UiTM dapat merangkul kesemua kategori lantas menjadikan UiTM sebagai GERGASI dalam pertandingan tersebut dan seangkatan dengannya.TAHNIAH SISWA dan SISWI,semoga lebih maju dan bersemangat dalam merangkul lebih banyak KEJUARAAN!

uitmrunnerclub@yahoo.com

URC Slideshow