Wednesday, March 25, 2009

berita dari BERNAMA..tahniah wakil URC di Larian Bandaraya K.Terengganu

21 Mac, 2009 15:08 PM

Peserta Luar Negara Ungguli Larian Bandaraya Kuala Terengganu
By: Ramjit-->

KUALA TERENGGANU, 21 Mac (Bernama) -- Tiga peserta luar negara mengungguli kategori lelaki terbuka Larian Jambatan Bandaraya Kuala Terengganu yang diadakan sempena ulang tahun pertama bandar raya ini, di sini hari ini.

Acara sejauh 21.1 kilometer itu dimenangi peserta dari Kenya, Peter Keter Kipleting, 25, dengan masa satu jam sembilan minit untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000

Menduduki tempat kedua acara itu adalah peserta dari negara yang sama, Gideon Kiplagat Kemboi, 24, dengan catatan masa satu jam 12 minit 16 saat sementara Ahmad Lamchannar, 28, dari Maghribi di tempat ketiga dengan masa satu jam 13 minit 57 saat.

Tempat kedua dan ketiga acara itu masing-masing menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 dan RM1,000.Bagi ketegori wanita terbuka pula, tempat pertama dimenangi peserta dari Selangor, Michele Tan Bee Kang dengan catatan masa satu jam 39 minit 30 saat untuk mengalahkan empat peserta yang lain.

Nurul Hidayah Mohd Nasir daripada Terengganu menduduki tempat kedua acara itu dengan catatan masa dua jam dua minit enam saat dan peserta Kuala Lumpur Wong Siew Seng di tempat ketiga dua jam lapan minit dua saat.

Sementara itu, Lautredonx Jean Pierre, 42, dari Perancis muncul juara bagi kategori lelaki veteran 40 tahun ke atas setelah menamatkan larian sejauh 21.1 kilometer itu dalam masa satu jam 13 minit 20 saat.Tempat kedua dimenangi Supermanuam Govindan dari Kuala Lumpur (1:28:10) dan tempat ketiga Muhamad Razali Husain dari Kuantan, Pahang (1:28:33).

Lian Bee Hoon dari Kuala Lumpur memenangi tempat pertama bagi kategori wanita veteran dengan catatan masa 1:43:34, sementara tempat kedua Sharon Yap Siew Fong dari Kuantan (2:08:03) dan Loh Sew Beng dari Pulau Pinang di tempat ketiga (2:13:03).

Bagi kategori lelaki tertutup, tempat pertama dimenangi Mohd Shaipunizam Mohd Samsudin (1:22:00), Muhamad Faizal Ngah di tempat kedua (1:28:32) dan Mohd Kamal Mohammad Razali ketiga (1:28:57) manakala kategori wanita tertutup Noor Amelia Musa (1:40:34) muncul juara, diikuti Norhasyikin Mohd Din di tempat kedua (2:02:06) dan Sukhalidah Razak di tempat ketiga (2:16:57)

Seramai lebih 1,100 peserta menyertai larian itu dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Datuk Bandar Kuala Terenganu Datuk Mat Razali Kassim.

BERNAMA

uitmrunnerclub@yahoo.com

3 comments:

adek dush said...

perghh...gempak beb...
congratz!!...mane wakil lelaki nih?
mr edan??hehe

aku kaki LARI said...

wakil lelaki hilang dlm ramai..huhu
terjun laut..hehe

zuddin said...

pergh!! gempak gler nama masuk newspaper eh? bangga dow..
mana gambar??
mana plak mr.edan pergi eh adek dush? hmm..

URC Slideshow