Monday, February 23, 2009

Tahniah semua...!!

What: KL City Day Run
When : 22nd February 2009
Where : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Time : 7.30am
Distance : 10.91km Choi GPS / 10.85km YS Lee / 10.88km Jamie
Cash : Top 5
Medal: Top 300

Salam,

Pertama sekali sy ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli UiTM Runners yang menyertai larian ini. Maaf kerana sy tidak dapat turut serta dalam larian kali ini. Semangat anda untuk turut sama menyertai larian ini adalah langkah pertama sebagai seorang juara. JUARA yang dimaksudkan bukanlah kepada orang lain, tetapi kepada diri anda sendiri.

Ada diantara ahli-ahli UiTM Runners yang menyertai larian 10km buat pertama kali. Jarak larian 10km bukan mudah seperti yang disangka. Mereka yang mempunyai ketahanan yang tinggi sahaja mampu menghabiskan larian ini buat kali pertama. Juga bersaing dengan peserta-peserta yang lain. Kekuatan dan ketahanan fizikal, mental dan spritual digunakan dan dikeluarkan dari dalam diri. Ini adalah POTENSI dari dalam diri anda sendiri.

Inilah yang ingin sy terangkan tentang "Spirit of Running". Anda melawan diri anda sendiri. Anda berlari untuk diri anda. Bukan orang lain. Jika anda menamatkan larian, ini adalah kemahuan anda, dan jika anda menyerah kalah dipertengahan jalan, juga datang dari diri anda sendiri. Saya yakin kepada mereka yang telah menamatkan larian 10km ini , mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan ke atas diri mereka sendiri. Mungkin anda rasa anda tidak mampu menamatkan larian ini tetapi dengan semangat, keazaman, keyakinan dari dalam diri anda boleh menamatkan larian. Simpan catatan masa anda supaya dapat melihat peningkatan pada masa akan datang. Anda juga perlu mempunyai target kepada diri sendiri supaya anda lebih yakin.

Saya berbangga dengan pencapaian anda kali ini. Tahniah sekali lagi. Kepada mereka yang tidak mendapat medal untuk larian ini jangan mengalah. Usaha anda untuk menamatkan larian juga menunjukkan anda adalah JUARA. Anda seharusnya berbangga atas pencapaian diri anda kali ini. TAHNIAH...!

"CABARAN untuk melawan diri sendiri adalah lebih besar berbanding CABARAN untuk melawan mereka yang lebih handal dari diri anda. Percaya pada diri sendiri dan anda adalah JUARA..!"
-syahidan alias-

www.kakirunner.blogspot.com

HEALTHY_LIFESTYLE_PASSION
uitmrunnerclub@yahoo.com

3 comments:

adek dush said...

usahe tangge kejayaan...
mcm nk jawab exam plak aku nih...
hehe

nasrul said...

huhu..terharunye aku...

mat_hariz said...

aq terharu sampai nak nangis baca post nie..rasa bertambah bersemangat plakk..hehe..tqtq

URC Slideshow