Thursday, October 9, 2008

today meeting and training..

salam,

Hari ini adalah perjumpaan kelab kali kedua. Bertempat di Stadium UiTM.
Agak mengecewakan kerana pada perjumpaan kelab yang pertama (Selasa-7.09.08)hanya 17 org yang hadir. Mana ahli-ahli kelab yang lain??? Saya tidak pasti samada maklumat tentang perjumpaan kelab tidak diterima oleh ahli. Mungkin juga kerana ramai yang ada kelas pada waktu tersebut.(think +ve)- Kehadiran ahli direkod. Terima kasih kepada ahli yang memberitahu ketidakhadiran mereka.

Pada hari tersebut, (07.10.08) latihan yang dijalankan ialah berlari 2.0KM (5x400m). Catatan masa larian ahli direkodkan seperti dibawah:

2.0KM (400M X 5 LAP):

08'21.43 - UR2
08'25.22 - UR3
08'30.33 - UR35
08'50.11 - UR12
09'10.71 - UR51
10'10.31 - UR19
10'16.45 - UR71
10'30.33 - UR15
11'06.34 - UR39
11'27.29 - UR37
11'51.27 - UR28
11'53.14 - UR10
12'36.53 - UR75
12'45.21 - UR29
12'09.58 - UR30
13'30.51 - UR26

TAHNIAH kepada ahli yang dapat menamatkan larian.

Sebelum bersurai, ahli diberi sedikit taklimat ringkas tentang teknik larian dan diminta agar semua ahli dapat membuka blog ini pada setiap minggu supaya dapat menerima maklumat terbaru tentang aktivti yang kelab akan jalankan.

Perjumpaan hari ini (09.10.08) diadakan agak lewat, kira2 jam 6.00 ptg.
Disebabkan cuaca waktu petang yang tidak menentu kebelakangan ini, ramai juga yang tidak hadir. (think +ve again)

Untuk pengetahuan ahli yang telah membayar duit baju, baju yang ditempah telah siap. Dan kepada ahli yang baru mendaftar, harap maaf kerana stok baju yang terhad. Diharap agar ahli dapat memberikan sedikit komitmen & sokongan kepada kelab selepas mendapat baju nanti.

Hari ini baju kelab diagihkan kepada ahli yang hadir. Semua ahli yang hadir bersemangat kerana dpt memakai baju 'uitm runners club!' .
Walaupun hujan turun, ahli yang hadir masih meneruskan latihan.
Semangat ini sangat membanggakan! TAHNIAH..

Latihan hari ini hanya berlari dalam masa 30-40 minit (kerana hujan)dan berlari 2.0KM (untuk direkod) kepada mereka yang tidak hadir pada Selasa lepas.

Catatan masa ahli seperti berikut:

09'16.49 - UR48
10'13.32 - UR18
10'03.41 - UR25
13'14.11 - UR50
14'39.76 - UR43

TAHNIAH juga kepada ahli yang dapat menamatkan larian ini.

PERHATIAN

Pada 11.10.2008 (SABTU ini) akan diadakan larian di Kolej Alamanda, Puncak Perdana. Semua ahli 'Runners Club' di WAJIBKAN HADIR.
Kita akan ke sana menaiki bas yang disediakan pihak UiTM.
Berkumpul di Pusat Sukan UiTM pada jam 6.15 pagi (boleh solat subuh di surau pusat sukan). Bas akan bergerak ke Puncak Perdana pada jam 6.30 pagi.HARAP MAKLUM.

Jika tidak dapat hadir atau sebarang masalah sila hubungi saya segera.

Diharap pada perjumpaan yang akan dtg kesemua ahli dapat hadir. InsyaAllah.

Kepada sesiapa yang telah membayar duit baju, boleh dapatkan baju pada hari sabtu pagi sebelum larian atau pada waktu perjumpaan kelab.

TERIMA KASIH atas perhatian semua.

HEALTHY.LIFESTYLE.PASSION

1 comment:

cyberfly said...

Jemput masuk ke http://jomphp.com untuk maklumat lanjut tentang blog dan komputer :)

URC Slideshow