Sunday, October 12, 2008

TAHNIAH!

Aktiviti: LARIAN PUNCAK PERDANA
Tempat: Kolej Puncak Perdana
Tarikh: 11hb Oktober 2008
Masa: 8.30 pagi
Jarak Larian: Lelaki: 7.5km & Perempuan: 6.5km
Hadiah: Hamper - Tempat 1-20 (Semua Kategori)

Penyertaan UiTM Runners Club: 34 orang

Salam,

Pertama sekali, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang turut sama menyertai Larian Puncak Perdana pada kali ini. Seawal jam 6.15 pagi lagi ada ahli yang telah turun ke pusat sukan. Tetapi disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan perjalanan ke Puncak Perdana terpaksa dilewatkan. Syukur Alhamdullilah semua berjalan lancar. Semua ahli memakai baju kelab bagi menunujukkan semangat kita sebagai sebuah pasukan.

Komitmen, semangat dan sokongan yang anda berikan sgt bermakna untuk kejayaan kelab pada masa sekarang dan akan datang.

TAHNIAH kepada semua!

Diharap pada masa akan datang lebih ramai ahli kelab dapat menyertai setiap aktiviti yang telah kita rancangkan..

Gambar-gambar dan rekod pada hari larian akan sy pamerkan kemudian.

Bagi sy, hari ini adalah hari yang sgt bermakna dan mengembirakan kerana aktiviti kelab yang pertama telah disempurnakan dengan jayanya. Kejayaan berpasukan pada hari ini juga sgt besar maknanya berbanding kejayaan individu yang pernah sy perolehi..")

Akhir sekali..
Tahniah kepada semua pemenang..!

Kepada yang tidak berjaya, sokongan yang anda tunjukkan sebagai ahli kelab sangat membanggakan.

Kita mempunyai matlamat yang lebih besar. Iaitu menaikkan nama UiTM dalam sukan larian dan memupuk gaya hidup sihat kepada seluruh warga UiTM!

InsyaAllah, dengan komitmen yang ditunjukkan, tidak mustahil UiTM MALAYSIA akan menjadi salah satu kuasa besar dalam sukan larian sedikit masa lagi..")

Sebarang cadangan dan komen sgt dialu2kan untuk pembangunan kelab.

Tahniah sekali lagi kepada semua.

Teruskan latihan anda dengan konsisten. Ambil sedikit masa setiap hari untuk berjoging atau beriadah.

*Sijil penyertaan untuk ahli akan diberi kemudian..

HEALTHY.LIFESTYLE.PASSION

Presiden,
UR1

2 comments:

adek dush said...

tahniah kpd UR1..laju beb..kenya2..hahaha

Are-win said...

Tahniah pd seme pemenang..Club kte sesaja yg conquer haha..

URC Slideshow